Sunday 24 February 2013

Penjagaan Hamster^^

HAMSTER

by: Zulhafizi dan Farahanim^^





Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Kami, Zul dan Hanim akan menerangkan tentang haiwan yang sangat comel ni. Mesti kawan- kawan ada jugak yang bela hamster yang sangat comel ney..Kitaorang akan memberi pengetahuan lebih luas lagi tentang hamster ini dari sejarahnya ,cara penjagaan dan lain-lagi.

SEJARAH HAMSTER DAN JENIS-JENIS HAMSTER


1. Sejarah Hamster Campbel

Hamster Mini Rusia Campbel pertama kali ditemui pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell dan yang seterusnya memberikan hamster ini kepada Gamalyea Institute di Moskow. Pada tahun 1963-1964, Hamster Campbel di import ke Inggeris oleh Holloway College London dan juga dikirimkan ke London Zoological Society pada tahun 1963. Dan pada tahun 1968 hamster Campbel berhasil dikembangkan dan dibiakkan di Inggris. Hamster Campbel juga digunakan untuk keperluan laboratorium dan pada tahun 1973-1974 sepasang Hamster Campbel di dapati dari Kebun Binatang London oleh sekelompok anggota dari penggemar hamster dan pada tahun 1976 kelompok penggemar hamster itu memberikan beberapa ekor Hamster Campbel lagi kepada Kebun Binatang London. Namun, Hamster Campbel tidak begitu popular sebagai haiwan peliharaan sehinggalah pada awal tahun 1980 dan mulai sejak itu Hamster Campbel banyak ditemui di kedai-kedai haiwan peliharaan.

Nama Inggeris: Campbell Hamster
Sebutan Inggeris lain: Dwarf Campbell's Russian Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus campbellii
Panjang tubuh: 8-11 cm
Jangka hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Berkoloni







2. Sejarah Hamster Winter White


Hamster Mini Rusia Winter White pertama kali ditemui pada tahun 1770 dan yang seterusnya di simpan dan dikembang dan dibiakkan sebagai haiwan untuk laboratorium di Jerman oleh Klaus Hoffmann sekitar tahun 1960 dan pada umumnya Hamster Winter White yang sekarang ini yang banyak dipelihara berasal dari situ. Hamster Winter White diperkenalkan di laboratorium Inggeris sekitar tahun 1970 dan diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada tahun 1978.

Inggeris: Winter White Hamster
Sebutan Inggeris lain: Dwarf Winter White Russian Hamster, Djungarian Dwarf Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus sungorus
Panjang Tubuh: 9-12 cm
Jangka Hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Berkoloni





3. Sejarah Hamster Roborovski


Hamster Roborovski pertama kali ditemui pada bulan Julai tahun 1894 oleh Lt Roborovskii di Nan Shan. Tetapi, Hamster Roborovski tidak dipelihara sehingga sekitar tahun 1970 yang akhirnya Hamster Roborovski di simpan di Uni Soviet khususnya oleh Kebun Binatang Moskow. Dan Zoological Society di London mendapatkan Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow pada akhir tahun 1970, namun sayangnya Hamster Roborovski tidak dikembang dan dibiakkan.

Negara-negara Eropah menerima Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow dan juga dari institut-institut ilmiah Uni Soviet. Hamster Roborovski di import ke Inggeris oleh pemelihara-pemelihara hamster di Belanda pada tahun 1990 dan diyakini beberapa kebun binatang di Amerika juga mendapatkan Hamster Roborovski namun mereka tidak berhasil membiakkan hamster-hamster itu. Pada tahun 1998 sekelompok Hamster Roborovski diimport ke Amerika lagi oleh pencinta hamster di Inggris. Seterusnya Hamster Roborovski di tangkap di alam liar pada tahun 1997-1998, namun sayangnya gagal dikembangkan dan dibiakkan kerana hamster-hamster itu mati kerana tekanan yang dihadapi atau dengan kata lain 'stress' pada saat diimport.

Inggeris: Roborovski Hamster
Sebutan Inggeris lain: Desert Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus roborovskii
Panjang tubuh: 4-5.5 cm
Jangka hayat: 2.5-4 tahun
Karakter: Berkoloni






4. Sejarah Hamster Cina


Hamster Cina pertama kali ditemui pada tahun 1900 dan yang seterusnya dipelihara untuk digunakan di laboratorium. Hamster Cina diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada sekitar tahun 1960. Minat masyarakat terhadap Hamster Cina berkembang pada sekitar tahun 1970 ketika Hamster Rusia Campbel dan Winter White diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan.

Inggeris: Chinese Hamster
Sebutan Inggeris lain: Long-Tailed Dwarf Hamster
Latin: Cricetinae Cricetulus griseus
Panjang tubuh: 10-12 cm
Jangka hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Soliter





5.Sejarah Hamster Syrian

Hamster Syrian, seperti namanya berasal dari Aleppo wilayah sekitar Syria. Hamster Syrian merupakan hamster yang paling dikenali dan banyak terdapat di kedai haiwan peliharaan. Ukuran hamster jenis ini adalah yang paling besar di antara hamster-hamster lain. Hamster Syrian disebut juga Golden Hamster, kerana mantel bulu asli mereka berwarna kuning emas meskipun sekarang banyak variasi mantel bulu dari hamster Syrian.

Inggeris: Syrian Hamster
Sebutan Inggeris lain: Golden Hamster, Teddy Bear Hamster
Latin: Cricetinae Mesocricetus auratus
Panjang tubuh: 16-18 cm
Jangka Hayat: 2-3 tahun
Karakter: Soliter








Untuk pengetahuan kawan-kawan,hamster syrian ni Hanim ada.. Ni dia..

 

6. Hamster Hybrid

Hamster Hibrid adalah hasil pembiakan antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White. Di dunia barat pembiakan campuran antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White sangat ditentang kerana akan menghilangkan keaslian dan kemurnian dari sub spesies hamster Campbel dan Winter White. Di negara barat seperti Amerika dan Inggeris sangat jarang atau bahkan tidak ditemui Hamster Hibrid di kedai haiwan peliharaan atau diternakkan hamster yang ternama sekalipun kerana mereka pada umumnya tidak menyukai perkahwinan 2 jenis binatang yang berbeza terutama hamster.

Hamster Hibrid sebenarnya tidak hanya perkahwinan silang antara Campbel dan Winter White. Namun Syrian dan Campbel pun boleh di kawin silangkan dan anak mereka akan disebut Hamster Hibrid, begitu juga dengan hamster lain kerana mereka berasal dari sub famili yang sama (Cricetinae).

Diyakini Hamster Hibrid mempunyai jangka hidup yang pendek. Umur hamster ini umumnya paling lama hanya mencapai 1.5 tahun. Hamster Hibrid mempunyai warna bulu krim.Terdapat juga warna putih dengan garis halus di punggung berwarana kri muda. Namun ada juga yang berwarna emas terang dengan mata berwarna merah. Hamster ini agak mahal.

Inggeris: Hybrid Hamster
Panjang tubuh: 8-12 cm
Jangka Hayat: 1-1.5 tahun
Karakter: Berkoloni



Ok,sekarang kita masuk kepada cara penjagaan hamster pula.

 CARA PENJAGAAN HAMSTER

Yang pertama,kalau terfikir nak bela hamster pastikan hamster tersebut mempunyai pasangan. Nanti dia stress pula. Mesti sentiasa ingat bahawa hamster pun macam manusia juga nak pakwe dan makwe.

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.



2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.





3. Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).








KUACI
Peringatan!!! Kuaci hendaklah diberi dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi.


KACANG TANAH

makanan ini boleh didapatkan di kedai haiwan peliharaan


vitamin untuk hamster

4. Kebersihan
 
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.





4. Melahirkan anak 
 
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.



hamster yang bunting








Sekian sahaja dari kami, Zul dan Hanim tentang hamster ini. Diharapkan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama boleh menjaga hamster dengan lebih baik dan sempurna.
^_^ 


bubye kawan-kawan.. Sebelum itu kami tinggalkan anda dengan video-video ini


  

28 comments:

  1. Perfect information ! :)

    ReplyDelete
  2. Thankyou for your information . Sangat berguna :)

    ReplyDelete
  3. hamster saya asyik gaduh je until I have to separate them,can I know why they keep on fighting each other?

    ReplyDelete
  4. zakira haniffa : kadang2 kalau hamster anda dah adult mmg mcm tu. :) sifat nak mencari pasangan la katakan. tambahan , bau sesama lain pun dah jadi lain atau ruang sempit and lain-lain. so, dyorg akan jadi agresif. kalau dah asyik bergaduh, mmg disarankan supaya separate kan mereka. :)

    ReplyDelete
  5. Ye la.. Habis hamster jantan sy begaduh dgn hamster betina...smpai2 kaki si jantan ni terluka

    ReplyDelete
  6. love this info :) thankss

    ReplyDelete
  7. love this info :) thankss

    ReplyDelete
  8. knp kene pisahkan si jantan lepas ibu tu lahirkan anak?? lepastu mcmne nak bezakan jantan dan betina nya?

    ReplyDelete
  9. Kenapa hamster saya tiba2 sakit dan akhirnya mati?

    ReplyDelete
  10. Macam mana kita nak tahu kalau hamster sakit?

    ReplyDelete
  11. Saya baru beli hamster... macam mana nak tahu dia jantan atau betina....

    ReplyDelete
  12. Sy baru bli hamster,. Mmg kena beli pasangan ke?

    ReplyDelete
  13. Saya pnye hamster kt leher die mgembang la bile sy usik mcm keras2 skit...sakit ke ape ye risau laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu makanan di,dia letak kat situ
      pastu dia akan keluarkan apabila kat tempat persembunyian dorang ( ╹▽╹ )

      Delete
  14. Saya pnye hamster kt leher die mgembang la bile sy usik mcm keras2 skit...sakit ke ape ye risau laaa

    ReplyDelete
  15. Satu lagi pengalaman saya bela hemster dulu anak xleh tengok dan xleh usik anak dia kena tutup ngn kain sebab nanti dia makan anak dia

    ReplyDelete
  16. Berapa lamakah jangka hayat hamster boleh hidup keseorangan i means seekor jee sebab baru try beli hahahah

    ReplyDelete
  17. Kalau hamster syrian kecing dia colour coklat adakah tu penyakit


    Dan saya bgi dia makan jagung kerimg dekat supermarket boleh ke mcm jagung popcorn mcm tu la

    ReplyDelete
  18. Saya ada hamster Campbell sepasang jantan and betina dua dua warna normal coklat and mcm mana nak kahwinkan mereka ye sbb ni pertama kali saya bela hamster so sy tak berpe fhm sangat admin bolh bgi tau Sye????

    ReplyDelete
  19. thank you for the information . nice 💌

    ReplyDelete
  20. hamster suka tempat yang panas tak?

    ReplyDelete
  21. saya punya dua2 jantan, boleh ke mcmtu?

    ReplyDelete

 
Copyright© All Rights Reserved warkahnaluri.blogspot.com