Friday, 1 March 2013

Ayam Serama / Katek

pagi ni saya akan terangkan tentang cara2 penjagaan ayam serama atau lebih dikenali dengan nama ayam katek... saya rasa semua tahu tentang keistimewaan ayam katek ini kan...
ayam serama mempunyai pelbagai jenis warna dan bentuk...

                                               
                                                                          






Penjagaan untuk pastikan kesihatan Ayam SERAMA sentiasa POWER ~ haha


1.) Pemakanan - 

Kesegaran makanan, Pilihan, Sukatan
Dedak perlu di tutup dengan baik tidak masuk agin dan ulat, mengekalkan "bau wangi"nya dan bersih tiada ulat. 
berbagai Jenis seperti - Dedak halus (anak), dedak kuning/cocklate, dedak Hitam, Telur & sebagainya, 

Sukatan mengikut umur @ kategeri, kuatiti ayam & kapasiti individual dalam sesebuah sangkar, atau reban yang berlainan  (pastikan ia dihapiskan dalam 1~2 hari sahaja) . Sekoi atau makanan burung diberi keutamaan untuk ayam yang perlu diet kekalkan berat atau kurang berat badan.


2.) Kebersihan dan keselesaan 

- Tempat menempatkan perlu cukup luas, 
sediakan tempat @ sangkar yang cukup luas bagi boleh begerak (sekor min 1' X 1.5'), 
sepasang min 1.5' X 2' keatas. paling bagus dapat keluasan nya sangkar 2' X 3', 
reban 4' X 6' atau bilik 8' X 10' untuk pembaka


- Jaring halus dipasang untuk mengelakkan ia digigit nyamuk, 


- Bekas minuman perlu dibersihkan min 1/2 hari sekali dan diletakkan bahagian tepi 
bagi supaya tidak dikotorkan dan dari buangan najis, pasir.


- Makanan perlu sentiasa dibersihkan atau di ganti baru, bila tidak dihapiskan dalam jangka masa 2/3 hari


- Alas sangkar perlu ditukar selalu supaya memastikan ia bersih dan tidak berbau 


- Kebersihan sangkar perlu diberi perhatian untuk mengelakkan jangkitan, hama atau kutu dll




3.) Suhu & Cuaca 


- Reban @ sangkar perlu dipasang mentol untuk menyedut udara dalaman, supaya sentiasa berada dalam                            keadaan suam kering dan tidak diingini 
supaya suhu sentiasa berada sukatan yang tertentu tidak naik atau turun dengan ketara.

- Berbezaan suhu naik turun akan menyebabkan ayam rasa tidak selasa ia boleh jadi tidak active seperti biasa.

- Suasana yang beragain kuat atau cuauca yang lembab senang kuman merebak menyababkan kejengkitan sesema dan penyakit lain, terutama ayam yang tidak sihat (tegah sakit), dan anak ayam yang umur bawah 3 bulan dan sebagainya.



4.) Pencegahan penyakit 


- Suntikan vaksin perlu diberi ketika ayam berusia 2 bulan dan setiap 3 bulan berikutnya.


- Ubat cacing pertama pada usia 30-40 hari dan setiap 2-4 bulan berikutnya.
  ubat cacing pertama diberi pada usia sebulan dan setiap 3 bulan berikutnya.
  terutama bagi pembela ayam dalam reban kotak yang gunakan pasir, 
keadaan ini amat senang dan dijangkit penyakit cacing ini.

- Ubat air merah "champion" boleh diberi sepanjang masa adalah salah satu cara pengcagah.
   
- Tempat, sangkar, reban selalu dibersihkan dan dijemurkan matahari menjadi bersih 
ayam jadi sihat dan cegas.



5.) Aktiviti tambahan seperti :


- Selalu dipegang dan belai, bercakap ayam cerdik akan memahami kita.

  
- Dipegang dan mengurutnya dan dimandikan serta menjemurnya,

Mengurut selalu utk mengurangkan "stress"nya sebab rasa disayang/dimanja, 
bersenam urat & ototnya, kerana biasa diletak pada ruang tertutup gelap atau yang sempit, 
sebab ini juga boleh menyenangkan emosi seekor ayam.

- Selalu dibawa keluar letak atas meja, atau di lepaskan pada tempat yang luas 


- lepas di tanah berumput untuk recharge negetif ion dari alam semulajadi 
boleh mengkuatkan sendi dan otot, juag semagat dan pertahanan badan 

- Mandi & jemur selalu, amat penting untuk pastikan ia bersih bebas daripada hama.
Letak didalam sangkar yang berjaring halus mengelakkan digigit nyamuk terutama nyamuk yang bisa.

- Kalau berlaku diserang sebarang penyakit, hendaklah diberi berubatan atau serius perlu dibawa ke klinik haiwan segera untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.







6.) Makanan tambahan seperti:


 - Ket makjun, Minyak ikan, Vtamin B kompleks,, Sibut, kulit kerang, kulit telur yang halus, udang kering kecil, ulat dan lain-lain, 

Bantuan secara kasar : 
Minyak ikan - kecantik bulu, lembap level sihat dalaman badan ayam


Makjun - Memberkuatkan, konsistensi suhu badan dikekalkan, supaya ayam jadi lebih cepat aktif

 
Vtamin B complex - pelbagai kebaikan, selera makan meningkat, merah muka


Vtamin C - tambah selera makan, biasa daripada rumput atau sayur,


Kulit kerang, Kulit telur - tambah klasium dan bantu process hadaman 


Ulat - menamban kaborhidrate dan protein, gemukan ayam  


Rumbut - Amino asid, sejukan system hadaman (cuci usus perut) 


Daging madu lebah - menamban kaborhidrate & lemah, gemukan ayam, memberkuatkan 



Ada lagi berbagai-bagai cara mengikut keadaan individu..
setiap ayam juga tidak sama keperluannya...
ianya juga bergantung kepada keadaan persekitaran juga ... 
pemilik juga harus pandai memahami kehendak ayam miliknya...
hal ini bagi menambahkan lagi tahap keserasian antara pemilik dengan ayam KATEKnya...





Banyak lagi faktor kita harus dibertimbangkan seperti : 

- Suhu - Berubahan Cuaca semasa ke semasa @ Suhu reban.

 
- Umur -Perangkat umur ayam dan fizikal saiz badan ayam masing2.


- Kegunaan - kategori ayam  - pembaka (jantan @ bertina) ayam tandingan, anak ayam dan sebagai nya) adalah berbeza.

 
Dengan itu cara penjagaan dan pemakanan juga amat berbeza dari satu masa ke satu masa.
Jikalau kita ingin menyertai pertandingan, kita harus melatih ayam kita sendiri dari peringkat awal lagi,



Ayam yang terpilih diberi latihan khas untuk memasuki pertandingan ..

Sebagai peminat ayam serama bukan saja kita boleh membela, 
menerusi pertandaingan ayam serama, 
Pemilik juga boleh memperoleh keuntungan apabila ayam dipertandingkan, 
memperoleh kemenangan, boleh dijual dengan harga yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit... 

saya rasa setakat ini saja contengan saya pada pagi ni....
nanti kalau ada apa2 lagi info pasal ayam KATEK ini saya akan ceritakan lagi... 
diharap agar para pelawat blog ni akan bersabar untuk menunggu tips2 yg lebih banyak mengenai penjagaan ayam KATEK ini...
 :D


                                                                                                                                                                    posted by : Firdaus

No comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved warkahnaluri.blogspot.com