Saturday, 23 February 2013

Intro: Penjagaan Ikan Hiasan

Tips-tips penjagaan ikan hiasan yang ingin dikongsikan...
harap berguna kepada korang....


Kolam Ikan Koi/Kap

ikan koi,kolam,panduan dan teknik







Apabila memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap 
yang menghiasi kolam kecil di laman. 
Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika kita tahu cara untuk menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan ataupun kita mendapatkan nasihat pakar.
Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari Serenity Scape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.

Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.
Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air.
Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm.
Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi.
Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.
bila membersihkan kolam, adalah disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam

Tip: Kolam ikan koi



  • Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
  • Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam
  • Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air
  • Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.


Kesilapan Biasa Akuarium Baru



Memulakan dengan Akuarium Kecil
Sebenarnya, semakin kecik akuarium,  semakin lagi susah . Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan kita dalam risiko kematian…
Jadi, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. 
Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk  terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan. 

Memasukkan Ikan dengan Cepat




 Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..
Jadi, biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. 
pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. 
Lepas tuh, baru masukkan ikan ..

Terlampau Banyak Ikan Serentak


Comellah ikan-ikan ni..
beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..
heheheheh..
Pastu balik letak dalam akuarium baru ..
keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar mati…sedihnya..
Kenapa jadi macam ni? 
Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. 
Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium . 
Oleh itu, apa yang kita boleh buat?,
 beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..
Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. 
Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.

             Akuarium Sesak

Oleh itu, adalah dinasihatkan  supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium  kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi ..
 Amalkan konsep mudah iaitu seinci ikan untuk 5 liter air. 
Katakan kita mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..
jadi sekiranya ikan kita minati bersaiz maksimum seinci jadi kita boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh kita pelihara. Mudahkan..

Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama


Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. 
Takut rugi dan tak berbaloi. 
Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan sedia ada kita. 


Terlebih Makanan

Ikan ni lapar ni..
Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..
Sebenarnya tidak benar. 
Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit.

Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri.


Penapisan Kurang Sesuai


Kita perlukan sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni.
 Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..
konsep mudah, katakan akuarium kita berkapasiti 90 liter,
 jadi jika kita menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.

Tidak Memeriksa Kualiti Air

Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit?? kalau  nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..
dan selalunya itu pun yang betul-betul peminat tegar,,tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..
tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut).

Bagi memastikan akuarium sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.

Tidak Menukar Air

Kenapa air akuarium nampak kekuningan? 
Tengok ikan berenang ok jer..
Kalau nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. 
Peminat akuarium baru jarang membuat senggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik. 
Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.( pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan). 
Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar  dengan perkataan “Untuk Akuarium Ikan Sahaja”. 







Mandarin Fish: Ikan paling cantik didunia
Terima kasih kerana sudi membaca~~, Sekian
                                      by:@amirulruduan

2 comments: