Thursday, 28 February 2013

Raja Sungai (Arowana)


Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Di negeri pantai timur Malaysia, ia dikenali sebagai ikan sarung golok. Agak aneh bunyinya. Mengapa ia dipanggil dengan nama sedemikian? Memang logik ia dipanggil dengan nama sedemikian kerana bentuk tubuhnya yang menyerupai sarung golok atau pun sarung parang. Pada tahun sekitar 1970-an, bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah di Taiping, Perak, ikan ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan  dibandingkan dengan ikan air tawar yang lain seperti lampam sungai, tembakang dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangkap dengan mudah dan banyak dari tasik ini dan sungai-sungai sekitarnya dan dijadikan juadah. Pada ketika itu, tiada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan juadah, suatu hari nanti akan menjadi simbol dan sumber kekayaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan ringgit. Pada masa kini, ikan arowana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan dan kejayaan dalam kerjaya atau perniagaan seseorang jika dipelihara di dalam rumah atau diruang pejabat. Sebut sahaja arowana, orang akan mengetahui bahawa ikan hiasan ini dipelihara dalam akuarium oleh golongan berada kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit.

 Arowana simbol kemewahan dan kejayaan pemiliknya
JENIS-JENIS AROWANA

1. Arowana Perak
Arowana ini boleh ditemui di Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Australia. Spesies ini  merupakan ikan untuk dimakan dan kurang sesuai dijadikan ikan hiasan  kerana warnanya yang tidak menarik.

2. Arowana Mutiara
 
Arowana jenis ini pula boleh ditemui di Australia dan Papua New Guinea. Ikan ini dipelihara sebagai ikan hiasan di Malaysia. Di negara asalnya ikan ini merupakan ikan untuk dimakan  dan spesies ikan pancing yang terkenal.

3. Arowana Emas
Arowana emas sangat popular dipasaran dan mempunyai harga paling mahal. Hal ini kerana bentuk badan arowana emas yang menarik dan sisiknya yang kelihatan keemas-emasan begitu cantik sekali. Arowana ini mendapat permintaan yang tinggi dan sentiasa dicari-cari oleh peminat arowana walaupun harganya mencecah ribuan ringgit namun ramai peminat yang teruja untuk memilikinya.
 
4. Arowana Merah
Arowana merah ini berasal dari Kalimantan, Indonesia. Ia mempunyai ciri yang serupa dengan ciri arowana emas tetapi warna sisik pada keseluruhan badannya berwarna merah. Bahagian hujung posterior sisik pada seluruh badannya berwarna merah berkilat dan sangat menarik. Harga pasaran arowana ini bergantung pada kualiti dan warna sisiknya.
 
5. Arowana Hijau
Arowana hijau ini boleh ditemui di beberapa sungai di negara kita seperti Sungai Terengganu, Pahang dan Johor. Jenis ini mempunyai bentuk badan yang paling pendek. Kesemua siripnya berwarna hijau. Jenis arowana hijau kurang popular dalam kalangan peminat arowana kerana warnanya tidak begitu menarik. Harga pasarannya juga rendah.
 
 
PEMAKANAN AROWANA
 
1. Cengkerik
Cengkerik didapati kaya dengan kandungan protein dan katin. Ia sesuai diberikan kepada arowana kerana katin membantu tumbesaran dan mencantikkan warna ikan. Kini, cengkerik berjaya dihasilkan secara komersial dan mampu dibeli di pasaran dengan harga yang murah. Kaki cengkerik yang berduri halus perlu dibuang sebelum boleh diberikan kepada arowana. Tujuannya untuk mengelakkan duri daripada mencederakan organ dalaman sistem penghadaman ikan.
 
2. Ulat Gandum
Ulat gandum agak mudah diperoleh dan terdapat banyak dipasaran kerana telah diternak secara komersial. Ia berasal dari Negara Afrika. Ia sesuai untuk semua tahap umur dan jenis arowana. Ulat ini mengandungi 20% protein, 14% lemak, karbohidrat, hormon dan enzim yang sangat berkhasiat untuk arowana.
 
3. Anak Ikan
Anak-anak ikan kecil seperti ikan gupi, molly, swordtail, seluang, ikan emas atau koi boleh digunakan sebagai makanan arowana. Walau bagaimanapun, ikan liar seperti seluang yang ditangkap di perairan semula jadi perlu dikuarantin terlebih dahulu untuk mengelakkan parasit atau bakteria yang terdapat pada ikan tersebut menjangkiti arowana.
 
4. Pelet
Pelet bukanlah makanan utama arowana kerana ikan ini lebih sesuai diberikan makanan hidup. Sekiranya pelet digunakan sebagai makanan tambahan, kandungan pelet haruslah mengandungi komposisi keperluan arowana yang lengkap. Antaranya termasuklah kandungan protein yang melebihi 30%. 
 
 
PENJAGAAN AROWANA DI DALAM AKUARIUM
 
1. Jenis Tangki
Tangki empat segi merupakan jenis yang paling sesuai untuk memelihara arowana. Hal ini kerana jenis ini lebih sesuai dan mudah untuk ditempatkan di sudut ruang rumah. Tangki akuarium perlu dilengkapi dengan kaki yang kukuh untuk memastikannya tidak jatuh atau retak akibat kedudukan yang tidak stabil. Ketebalan kaca yang digunakan perlu cukup tebal dan melebihi ketebalan 1.5 cm. Mengambil kira tentang sifat arowana yang agresif dan sering menerjah ke arah cermin apabila terangsang, jenis kaca tempaan paling sesuai digunakan kerana ia lebih kukuh dan tahan hentakan.
 
2. Ruang Yang Selesa
Arowana perlu disediakan ruang yang mencukupi supaya ia merasai seolah-olah berada di habitat semula jadinya. Sekurang-kurangnya 110 liter air diperlukan untuk memelihara seekor arowana. Ukuran akuarium perlulah sekurang-kurangnya 100cm hingga 120cm dengan lebar dan ketinggian akuarium sekitar 40cm hingga 50cm.
 
3. Peralatan Yang Lengkap
Peralatan yang diperlukan bagi pemeliharaan arowana di dalam akuarium ialah tangkuk, baldi dan gayung, hos getah, tangki simpanan air dan tuala.
 
4. Penjagaan Akuarium
Memandangkan arowana sejenis ikan yang liar, persekitaran yang boleh memudahkan pergerakan ikan perlu disediakan. Akuarium tidak digalakan diletak di bawah pancaran terus cahaya matahari kerana ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Tangki pemeliharaan mestilah cukup besar untuk memudahkan ikan bergerak dengan bebas. Air di dalam akuarium perlu dijaga supaya sentiasa bersih dan kualitinya sesuai dengan keperluan arowana. Air perlu ditukar sebanyak 10% - 15% setiap minggu. Semasa menukar air, alga dan lain-lain partikel perlu dibersihkan.
 
5. Penapis
Bahan perkumuhan ikan perlu dibuang untuk mengelakkan air menjadi toksik. Bagi tujuan itu, penapis yang baik diperlukan. Pelbagai penapis boleh digunakan untuk menyingkirkan bahan buangan toksik itu. Penapis luar (external filter) sangat sesuai digunakan kerana ia mudah dibersihkan.
 
 
 
 
6. Pam Air
Pam air digunakan untuk mengalirkan air dari dalam tangki melalui penapis untuk proses pembersihan. Pam tenggelam (submercible pump) paling sesuai digunakan untuk pemeliharaan arowana.
 
7. Bahan Kimia
Bagi tujuan pemeliharaan arowana di dalam akuarium, penggunaan bahan-bahan kimia tidak digalakkan kerana penggunaan yang tidak mengikut peraturan akan menyebabkan kesan buruk, iaitu kematian akibat keracunan atau lebihan dos. Penggunaan antibiotik untuk ikan yang dijangkiti bakteria juga memerlukan nasihat daripada pakar. Bahan kimia yang dicadangkan ialah antiklorin untuk menyahkan klorin di dalam air. Penggunaan garam biasa (NaCl) untuk rawatan umum pelbagai jenis penyakit adalah digalakkan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang disarankan untuk rawatan semua jenis ikan air tawar tanpa mendatangkan akibat yang buruk.
 
Rujukan
Arowana Ikan Hiasan Bernilai
 
                                                                                              

                                             
                                                    

Wednesday, 27 February 2013

~rOky~

assalamualaikum
dan selamat pagi..
hermhhh...seperti
yang anda2 semua tahu,
rakan2 eya sudah pom menceritakan
tentang penjagaan haiwan peliharaan..
ermhh,,rasa2 ape yang eya akan ceritakan ea??
haaa..
eya nak ceritakan tentang 
haiwan yang eya pelihara
iaitu..
"KUCING"..


nama yang eya dan keluarga bagi
ialah 'ROKY'..
Ia ni baka parsi..
bulunya comey sih..
lebat..
tapi kalau dipegang,
ringan sangat laa..:)
umurnya baru mencecah tiga bulan..
papa eya beli dengan harga RM400
dekat kedai kucing
di daerah Machang,Kelantan..
ketia itu,Roky masih kecil..

anda semua sudah tahu bagaimana
cara untukmenjaganya??
meh sini eya ceritakan..

kebiasaannya,
eya dan adik-adik akan
memandikannya 2 kali 1 minggu..
Roky tidak boleh di mandikan selalu
kerana nanti bulunya boleh gugur..
syampoo yang digunakan pom
haruslah bersesuaian..
kerana takut nanti bulunya akan rosak..
contoh syampoo yang digunakan..



selain itu,
papa eya pom akan membawa 
Roky ke klinik penjagaan haiwan
untuk memberikan "inject"
kepada Roky..
kebiasaannya,
kucing parsi dengan penjagaan yang rapi
akan di 'inject' ketika
berusia 3bulan,6bulan,dan
selepas itu,setahun sekali..
untuk mengelakkan ia dari di jangkiti penyakit..

Roky pom macam kita ugk,tau..
ari tu,Roky sakit..
so,papa eya bawa laa
Roky ke klinik..
akhirnya,Roky terpaksa makan ubat antibiotik..
kesian dia kan..


eya letakkan Roky dalam

rumah tapi ade laa
tempat yang spesifik untuknya..
ini laa tempatnya..






dalam tempat nye tu.,,
eya letakkan sekali
dengan makanan dan minuman..
supaya kalau Roky lapar
tengah-tengah malam
tak payah eya bangun..
huhuhu..mudahkan..:)

Roky bukan keseorangan kalau kat umah eya..
dia ade kawan..
namanya "Comey"..
mereka selalu bersama
walaupom ketika tidur..
inilah mereka..


bahagia eya bila tengok mereka..
hermhh..
kan bagus kalau kita pom
cam diorang kn??
huhu..
oke laa..
eya rase sampai sini je
cerita tentang
haiwan peliharaan eya..

terima kasih atas
komitmen anda untuk membacanya..
huhu..
selamat bertemu kembali..
jagalah haiwan peliharaan anda 
dengan kasih sayang
kerana mereka juga
berhak untuk mendapatkannya..

SALAM SENYUM!!


penjagaan haiwan eksotik..baby hoglet..^_^

Assalamualaikum..mohon senyum..hehe..


My name is Hoglet..hehe..

 Hai semua..hari nie jom kita ketahui cara-cara dan teknik penjagaan si bayi landak ataupun lebih dikenali sebagai hoglet yang comel nie..hehe..korang baca jgn x baca tau..                  

 Sebenarnya ramai yang salah anggap hedgehog ini merupakan spesies landak..tanggapan itu adalah SALAH..hedgehog yang biasa orang bela ialah dari jenis African White-Bellied Hedgehog.
Warna yang biasa kita jumpa adalah salt dan paper atau albino..ada juga warna lain tapi jarang dijumpai di Malaysia..dan untuk makluman semua HOGLET merupakan bayi HEDGEHOG..hehe..
      

Untuk pengetahuan semua,ketika anda membawa pulang encik or puan hoglet, tempat tinggalnya haruslah bersih dan kering. Dianjurkan untuk memberinya privasi mutlak selama setidaknya satu atau dua hari ataupun mungkin akan seminggu sebelum ia merasa selesa di rumah barunya.Ala2 raja gitu..hihi..Landak bayi atau hoglet cenderung tidur banyak. Jadi, jangan khuatir, jika hoglet anda tidur pada jangka masa yang lama..hehe..


                                          baby landak yg comel..

                                          Kami tidur dulu yeeee..zzzz..


CIRI-CIRI TEMPAT TINGGAL BAGI HOGLET.

Hoglet dapat disimpan di dalam akuarium yang sekitar 20 galon atau lebih dalam ukuran. Mereka adalah perenang yang baik dan pendaki, mereka bahkan dapat memanjat dinding tempat tinggal mereka. Keterampilan mereka untuk keluar adalah sebagai baik. Secure kandang haruslah ditutup dan pastikan bahwa ia memiliki ventilasi cukup iaitu akuarium harus 12 ” tinggi dan harus memiliki ruang lantai setidaknya 16″ x ” 24 .Temapt tinggal mereka mestilah cukup terang, tapi tidak menempatkan tempat tinggal mereka di bawah sinar matahari langsung. Ianya harus berisi makanan dan air didalam mangkuk, excersiers, mainan dan litter box. Jauhkan ia dari haiwan peliharaan lain n give them kasih sayang yg mantap n secukupnya k..^_^

rumah si hoglet..


Tempat di mana baby hoglet ditempatkan harus disimpan di kawasan yang hangat dan cukup terang. Itu harus dijauhkan dari sinar matahari langsung. Suhu ruangan ideal harus sekitar 75-85 darjah Fahrenheit. Jika suhu lebih rendah, mungkin haiwan kan mengalami hibernasi yang akan menyebabkan suhu tinggi pada mereka. Ketika hoglet ditempatkan di dalam tempat tinggal mereka, periksa suhu tempat tinggal mereka terlebih dahulu yee..


Hoglet nie suka untuk bersembunyi terutama ketika mereka tidur di siang hari. Sebuah pipa PVC yaitu 4 inci panjang, kotak sepatu yang dipotong dari satu sisi atau pot bunga haruslah diletakkan  sebagai tempat untuk hoglet bersembunyi. Pastikan korang semua menggantinya setiap 2-3 minggu..

 Haaaa..jangan lupa mandikan baby hoglet tau..sekurang-kurangnya sebulan sekali atau boleh jee mandikan mereka 2 kali seminggu..shabun2 n syampoooo2 si hoglet nie..bagi wangi2 tau..

                                                         saya daa mandi..^_^



Si hoglet nie suka bersenam..jadi,haruslah diletakkan alatan senaman atau permainan untuk mereka. Sebagai contoh wheel yang khusus untuk si comel hoglet..




Akhir sekali adalah tentang pemakanan baby hoglet..
makanan untuk hoglet mestilah mempunyai kandungan protein yang tinggi dan 2 minggu sekali harus meberikan mereka makan ulat..(boleh dapat dalam paket kat kedai makanan haiwan..)



                                                         makanan yang terbaik untk mereka..

sekian dulu..

bye..bye..

nurizzzati_idris ^_^

Burung Kakak Tua


BURUNG KAKAK TUA
by: Zulhafizi dan Farahanim
 

Siapa yang tidak kenal dengan burung kakak tua ? Sejak kecil, kita sering mendengar lagu yang baitnya sederhana dan mudah di ingat iaitu lagu burung kakatua. Bahkan di Australia, warga disana ada yang dapat melantunkan lagu rakyat ini. Burung kakak tua yang kita kenal dengan bulunya yang putih bersih dengan jambul berwarna kuning menambah keelokannya, merupakan burung yang hidup berkelompok. Bagi mereka yang hobinya memelihara burung, kakak tua dapat menjadi salah satu pilihan, kerana burung ini sangat memahami pengasuhnya apabila diberi perhatian selalu. Memelihara burung kakak tua harus tahu cara melatihnya agar dapat dijinakkan dan menjadi pandai. Burung ini sangat menarik kerana burung ini cerdas. Apabila dilatih dengan baik, maka masalah tidak akan timbul, tetapi sebaliknya apabila ditangani dengan cara yang salah, maka kemungkinan dapat membahayakan. Dianjurkan agar jangan membeli burung kakak tua jika belum pernah memelihara burung yang berkuku dan berparuh tajam.


Semua jenis burung kakak tua atau Cockatoos adalah termasuk family Cacatidae yang hidup di benua Australia dan kepulauan di Pasifik Selatan. Hampir semua orang menganggap bahawa burung kakak tua hanya berwarna putih dengan jambul kuning saja, ternyata ada juga burung kakatua berwarna hitam dan merah muda. Burung kakak tua hitam sangat jarang ditemui dan harganya mahal kerana hanya terdapat di hutan-hutan atau kebun binatang.

Pada umumnya semua jenis kakak tua mencari makan di kawasan pertanian terutama di kawasan kebun jagung. Kakak tua mempunyai paruh yang kuat berwarna hitam atau krim sesuai dengan spesiesnya. Mempunyai jambul berwarna kuning di atas kepalanya. Kakak tua adalah salah satu jenis burung nuri yang mempunyai bedak di bawah bulunya. Bedak ini berfungsi untuk menjaga suhu tubuhnya agar tetap stabil, juga untuk menahan air dan sekaligus membersihkan bulunya. Burung kakak tua adalah binatang yang cukup tenang dan pendiam , tapi ada juga yang agresif dan tidak pernah diam. Burung kakak tua umumnya dapat hidup selama 30 sampai 50 tahun, bahkan ada jenis burung kakak tua yang mencapai umur 60 – 70 tahun. Melatih dan menjinakkan burung ini, dapat dilakukan pada umur 5-10 tahun . Burung kakak tua umumnya sangat cerdas dan bisa menyesuaikan diri, tetapi juga sukar difahami. Kitaran hidupnya sama dengan manusia iaitu masa bayi, anak-anak, remaja, dewasa dan tua. Menurut fakta, kita tidak boleh berharap dari pasangan jantan dan betina untuk menghasilkan anak. Burung kakak tua bukan termasuk burung bernyanyi dan pandai bercakap tetapi boleh dilatih mengucapkan kata-kata dengan baik.

Tip memelihara burung kakak tua


Bila kita ingin memelihara burung kakak tua, ada beberapa kriteria tentang kesihatannya. Pertama, perhatikan matanya haruslah bersih dan jernih, tidak ada kotoran, benjolan atau goresan di lingkaran mata. Tidak ada cacat akibat luka. Kemudian lihat kedua lubang hidungnya adakah bundar dan normal serta bersih. Tidak ada tanda-tanda kemerahan kerana iritasi. Seterusnya kedua kakinya harus lengkap dengan 4 kuku jari . Apabila dipegang kakinya , kalau salah satu agak hangat sedangkan yang lain dingin , kemungkinan ada masalah dengan kakinya. Perhatikan kedua sayapnya harus penuh dengan bulu, tidak ada yang rosak dengan membuka satu persatu sayapnya. Juga penting perhatikan najisnya, kemungkinan ada cacing, berwarna putih dan hijau tua. Najis yang warnanya coklat, hitam, kuning atau oren menandakan pencernannya mempunyai masalah. Najis yang berair menandakan burung itu kurang sihat. Yang terakhir minta kepada penjual agar kita boleh memegang badan burung tersebut, apakah gemuk atau kurus. Bila burung itu kurus biasanya sakit. Tanda-tanda burung kakak tua yang jinak antara lain, melompat di tangan dan tidak panik, tidak mematuk, tidak gugup dan berontak bila dipegang bulunya.
Beberapa burung kakak tua mempunyai kebiasaan yang buruk. Kebiasaan buruknya adalah berteriak untuk meminta perhatian kepada majikannya. Kadang-kadang sering mengerat kayu atau perabot kayu di rumah. Memperbaiki kebiasaan buruk ini, perlu waktu yang lama untuk melatihnya. Kakak tua yang berteriak minta perhatian, sangat sulit untuk dilatih. Teriakan adalah hal yang wajar bagi jenis burung berparuh tajam. Yang perlu dilakukan adalah cukup memberi makanan atau mainan. Ajari burung anda agar tidak selalu berteriak. Usaha ini tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Tapi yang perlu diingat bahawa burung kakak tua adalah termasuk burung yang suka bergaduh dan sangat sulit untuk mengubah sifatnya. Yang paling bijak adalah membiarkan burung tersebut hidup bebas di luar.

Teknik penjagaan kura-kura.





kura-kura jenis Red Eared Slider adalah haiwan jenis semi-aquatic iaitu haiwan dua alam.
 Jadi air dan darat amatlah penting untuk mereka. 
Mereka perlukan air untuk makan,minum dan lain2 dan mereka juga perlukan darat untuk bernafas,basking atau lebih dikenali sebagai berjemur untuk kesihatan mereka sendiri. 
Kura-kura jenis semi-aquatic ini lebih banyak menghabiskan masa dalam air dan mungkin anda tidak tahu bahawa mereka bernafas di udara ini kerana ketika mereka berada di dalam air mereka menahan nafas.

Antara teknik-teknik penjagaan kura-kura :



Pertama
-Tempat Tinggal-
 
Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda. 


Kedua
-Pemakanan- 

Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar 


Ketiga 
-Kebersihan-

Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka. 

Keempat
-Kasih Sayang- 

Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella. 

Kelima
-Berjemur atau basking-


Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu 11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar



Sunday, 24 February 2013

Penjagaan Hamster^^

HAMSTER

by: Zulhafizi dan Farahanim^^





Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Kami, Zul dan Hanim akan menerangkan tentang haiwan yang sangat comel ni. Mesti kawan- kawan ada jugak yang bela hamster yang sangat comel ney..Kitaorang akan memberi pengetahuan lebih luas lagi tentang hamster ini dari sejarahnya ,cara penjagaan dan lain-lagi.

SEJARAH HAMSTER DAN JENIS-JENIS HAMSTER


1. Sejarah Hamster Campbel

Hamster Mini Rusia Campbel pertama kali ditemui pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell dan yang seterusnya memberikan hamster ini kepada Gamalyea Institute di Moskow. Pada tahun 1963-1964, Hamster Campbel di import ke Inggeris oleh Holloway College London dan juga dikirimkan ke London Zoological Society pada tahun 1963. Dan pada tahun 1968 hamster Campbel berhasil dikembangkan dan dibiakkan di Inggris. Hamster Campbel juga digunakan untuk keperluan laboratorium dan pada tahun 1973-1974 sepasang Hamster Campbel di dapati dari Kebun Binatang London oleh sekelompok anggota dari penggemar hamster dan pada tahun 1976 kelompok penggemar hamster itu memberikan beberapa ekor Hamster Campbel lagi kepada Kebun Binatang London. Namun, Hamster Campbel tidak begitu popular sebagai haiwan peliharaan sehinggalah pada awal tahun 1980 dan mulai sejak itu Hamster Campbel banyak ditemui di kedai-kedai haiwan peliharaan.

Nama Inggeris: Campbell Hamster
Sebutan Inggeris lain: Dwarf Campbell's Russian Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus campbellii
Panjang tubuh: 8-11 cm
Jangka hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Berkoloni







2. Sejarah Hamster Winter White


Hamster Mini Rusia Winter White pertama kali ditemui pada tahun 1770 dan yang seterusnya di simpan dan dikembang dan dibiakkan sebagai haiwan untuk laboratorium di Jerman oleh Klaus Hoffmann sekitar tahun 1960 dan pada umumnya Hamster Winter White yang sekarang ini yang banyak dipelihara berasal dari situ. Hamster Winter White diperkenalkan di laboratorium Inggeris sekitar tahun 1970 dan diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada tahun 1978.

Inggeris: Winter White Hamster
Sebutan Inggeris lain: Dwarf Winter White Russian Hamster, Djungarian Dwarf Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus sungorus
Panjang Tubuh: 9-12 cm
Jangka Hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Berkoloni





3. Sejarah Hamster Roborovski


Hamster Roborovski pertama kali ditemui pada bulan Julai tahun 1894 oleh Lt Roborovskii di Nan Shan. Tetapi, Hamster Roborovski tidak dipelihara sehingga sekitar tahun 1970 yang akhirnya Hamster Roborovski di simpan di Uni Soviet khususnya oleh Kebun Binatang Moskow. Dan Zoological Society di London mendapatkan Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow pada akhir tahun 1970, namun sayangnya Hamster Roborovski tidak dikembang dan dibiakkan.

Negara-negara Eropah menerima Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow dan juga dari institut-institut ilmiah Uni Soviet. Hamster Roborovski di import ke Inggeris oleh pemelihara-pemelihara hamster di Belanda pada tahun 1990 dan diyakini beberapa kebun binatang di Amerika juga mendapatkan Hamster Roborovski namun mereka tidak berhasil membiakkan hamster-hamster itu. Pada tahun 1998 sekelompok Hamster Roborovski diimport ke Amerika lagi oleh pencinta hamster di Inggris. Seterusnya Hamster Roborovski di tangkap di alam liar pada tahun 1997-1998, namun sayangnya gagal dikembangkan dan dibiakkan kerana hamster-hamster itu mati kerana tekanan yang dihadapi atau dengan kata lain 'stress' pada saat diimport.

Inggeris: Roborovski Hamster
Sebutan Inggeris lain: Desert Hamster
Latin: Cricetinae Phodopus roborovskii
Panjang tubuh: 4-5.5 cm
Jangka hayat: 2.5-4 tahun
Karakter: Berkoloni






4. Sejarah Hamster Cina


Hamster Cina pertama kali ditemui pada tahun 1900 dan yang seterusnya dipelihara untuk digunakan di laboratorium. Hamster Cina diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada sekitar tahun 1960. Minat masyarakat terhadap Hamster Cina berkembang pada sekitar tahun 1970 ketika Hamster Rusia Campbel dan Winter White diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan.

Inggeris: Chinese Hamster
Sebutan Inggeris lain: Long-Tailed Dwarf Hamster
Latin: Cricetinae Cricetulus griseus
Panjang tubuh: 10-12 cm
Jangka hayat: 2-2.5 tahun
Karakter: Soliter





5.Sejarah Hamster Syrian

Hamster Syrian, seperti namanya berasal dari Aleppo wilayah sekitar Syria. Hamster Syrian merupakan hamster yang paling dikenali dan banyak terdapat di kedai haiwan peliharaan. Ukuran hamster jenis ini adalah yang paling besar di antara hamster-hamster lain. Hamster Syrian disebut juga Golden Hamster, kerana mantel bulu asli mereka berwarna kuning emas meskipun sekarang banyak variasi mantel bulu dari hamster Syrian.

Inggeris: Syrian Hamster
Sebutan Inggeris lain: Golden Hamster, Teddy Bear Hamster
Latin: Cricetinae Mesocricetus auratus
Panjang tubuh: 16-18 cm
Jangka Hayat: 2-3 tahun
Karakter: Soliter








Untuk pengetahuan kawan-kawan,hamster syrian ni Hanim ada.. Ni dia..

 

6. Hamster Hybrid

Hamster Hibrid adalah hasil pembiakan antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White. Di dunia barat pembiakan campuran antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White sangat ditentang kerana akan menghilangkan keaslian dan kemurnian dari sub spesies hamster Campbel dan Winter White. Di negara barat seperti Amerika dan Inggeris sangat jarang atau bahkan tidak ditemui Hamster Hibrid di kedai haiwan peliharaan atau diternakkan hamster yang ternama sekalipun kerana mereka pada umumnya tidak menyukai perkahwinan 2 jenis binatang yang berbeza terutama hamster.

Hamster Hibrid sebenarnya tidak hanya perkahwinan silang antara Campbel dan Winter White. Namun Syrian dan Campbel pun boleh di kawin silangkan dan anak mereka akan disebut Hamster Hibrid, begitu juga dengan hamster lain kerana mereka berasal dari sub famili yang sama (Cricetinae).

Diyakini Hamster Hibrid mempunyai jangka hidup yang pendek. Umur hamster ini umumnya paling lama hanya mencapai 1.5 tahun. Hamster Hibrid mempunyai warna bulu krim.Terdapat juga warna putih dengan garis halus di punggung berwarana kri muda. Namun ada juga yang berwarna emas terang dengan mata berwarna merah. Hamster ini agak mahal.

Inggeris: Hybrid Hamster
Panjang tubuh: 8-12 cm
Jangka Hayat: 1-1.5 tahun
Karakter: Berkoloni



Ok,sekarang kita masuk kepada cara penjagaan hamster pula.

 CARA PENJAGAAN HAMSTER

Yang pertama,kalau terfikir nak bela hamster pastikan hamster tersebut mempunyai pasangan. Nanti dia stress pula. Mesti sentiasa ingat bahawa hamster pun macam manusia juga nak pakwe dan makwe.

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.



2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.





3. Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).








KUACI
Peringatan!!! Kuaci hendaklah diberi dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi.


KACANG TANAH

makanan ini boleh didapatkan di kedai haiwan peliharaan


vitamin untuk hamster

4. Kebersihan
 
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.





4. Melahirkan anak 
 
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.



hamster yang bunting








Sekian sahaja dari kami, Zul dan Hanim tentang hamster ini. Diharapkan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama boleh menjaga hamster dengan lebih baik dan sempurna.
^_^ 


bubye kawan-kawan.. Sebelum itu kami tinggalkan anda dengan video-video ini


  
 
Copyright© All Rights Reserved warkahnaluri.blogspot.com