Wednesday 16 January 2013

tak kenal maka tak cinta

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

"WARKAH NALURI"
secara official-nya ditubuhkan bagi memenuhi skop
assignment sistem komputer dan applikasi (CSC2100)

bagi melengkapkan tugasan ini
setiap kumpulan diwajibkan membina blog.
blog ini memberi ruang kepada para pelajar 
untuk mendedahkan diri kepada situasi penyampaian cara kerja secara berpasukan
dan belajar sesuatu yang baru iaitu dengan membina blog

penghasilan blog serba sedikit memberi peluang kepada pelajar
untuk meyampaikan kemahiran artikel secara multimedia.
di samping itu, para pelajar dapat berinteraksi dengan agensi luar 
serta pelajar dari pelbagai jenis institusi pengajian.

berdasarkan dengan kemudahan teknologi masa kini,
pembinaan blog adalah merupakan salah satu cara penyampaian
yang agak berkesan dalam sesuatu penceritaan atau tema blog itu sendiri.

bagi memenuhi sukatan pembelajaran ini
kami memperkenalkan kepada kalian
"WARKAH NALURI"
yang akan menceritakan tentang aktiviti "cara-cara penjagaan haiwan"

kami sekumpulan bersependapat bahawa dengan adanya blog
yang bertemakan aktiviti tersebut amat berfaedah disamping dapat membantu
golongan di luar sana yang baru berjinak dengan penjagaan haiwan mahupun yang telah lama.



"luas tapak tangan,nyiru kami tadahkan"
segala rekomen anda amat dialu-alukan terhadap artikel kami.

sekian.





 
Copyright© All Rights Reserved warkahnaluri.blogspot.com